Khamis, 29 Disember 2016

Apa yang Bashah Buat 10 Bulan Jadi MB Kedah?




Bashah Oh Bashah..

Nak kelentong pun agak2 lah..



Kononnya Kedah berubah wajah dalam 10 bulan 


Ditulis bahawa 5000km jalan di Kedah sudah diselenggara. Sat nak pikiaq, kalau 5000km ni bersamaan 5 kali panjang hiway PLUS dari Bukit Kayu Hitam sampai ke JB.

Betoi ka 5000km ?

Tolong tanya sat orang kampung, mesti mereka gelak terburai perut. Jalan yang mereka lalu hari2 masih berlubang.

Hat duk dalam pekan pun sama nak gelak. Jalan kat Alor Setar lebih2 lagi kat Mergong antara SMK Agama Kedah ke Taman Wira pun macam jalan estet getah. Kawasan YB mana tu tautau.

Boleh MB senaraikan 5000km jalan yang dimaksudkan itu?

Publish dlm Sinar Harian ka, nak bagi rakyat Kedah tau.

Kejayaan Kedah menjulang Piala Malaysia 2016 sebenarnya bukan kerja MB skrg. Itu adalah kejayaan pasukan yang telah ditransformasi sejak 2013 oleh Mantan MB.

Tak payah sembang lah bab ni. Buang masa.

Nilai pelaburan sebanyak 1.4 bilion tu menatang apa? Mai dari mana?

Kalau pelaburan Osram tu, takkan nak mengaku kerja buat hang jugak Bashah ooi??

Dengaq cerita barangan sumbangan Barakah tidak berkualiti termasuk barangan sekolah yang disumbangankan untuk pelajar baru2 ini. Ada pegawai2 MB ambik untung atas angin kot?

Saja nak tanya, Bashah dah Walkabout seluruh negeri ka? Atau Walkabout ulang alik pi bilik ayaq saja? Bagi tau sat MB dah walkabout kat mana. Kami rakyat nak tau.

Orang kawasan MB bagitau, Pasar Karat Kampung Berjaya pun masuk masa muda dulu saja. Lepas jadi MB, lalu pun tak dah.. nak kira macamana tu?

Dana 2 juta untuk pondok tu zaman MB lama pun dah bagi. Cuba tanya Ustaz Ustaz pondok tu..depa takkan lupa punya..nak bohong, semua kita takut berdosa. Kesian kat gang pondok, aci ada majlis baru kena panggil nak bagi penuh dewan, masa bagi 2juta baru ni pun, kena mai ambik kat pejabat.

Pegawai Agama MB suruh budak2 pondok tu pegang banner ucap terima kasih kat MB, lakonan akhir zaman sungguh, kalau ya pun, pi lah turun pondok tu bagi. Pondok Tanjung Kapur tu bukan jauh mana pun. Eh sat..MB kita ni pernah masuk pondok tak, sepanjang 10 bulan ni?? Habaq mai sat..

Tuisyen Barakah ni apa dia pulak?

Kat mana?

Nak contact siapa kalau nak daftar?

Atau sekadar buat gimik Politik saja?


Nak sembang bab Ekonomi lg lah best. 4.2% Ekonomi Kedah tumbuh??

Tumbuh kat mana Bashah ooi?

Yang dok dengaq, banyak dah Tanah di Kedah hang jual..

Langkawi dah macam kena lelong kat orang Cina. Exco2 hang pun sama naik, meniaga atas pelaburan, meniaga atas kelulusan. Check sama Exco Pelaburan hang tu, dia dok buat duit sakan la ni. Rubber City pun tak jalan lagi, dah nak sakau kat projek ikan tuna pulak dah..ishh ishh

Hat bab bantuan NGO & Belia, tu cerita lama..tu janji BN Kedah sebelum pilihanraya..dah tunaikan dah oleh MB lepas..kalau nak buat lagi, baguih laaa..

Bashah oh Bashah..

Jangan lah kelentong sangat..
Kami tak bodoh..Kami boleh nilai..
Tunggu PRU nak mai saja lagi..

Sabar sat nooo..

Projek Dari China, Melabur ka Hutang?


Apa yang Najib bawa balik dari China?

NAJIB PINJAM DARI NEGARA KOMUNIS


1) Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

2) Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

3) Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

4) Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

5) Jumlah semua melebihi 160 billion.

6) Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

7) Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.

8) Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.

9) Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

10) Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.

11) Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.

12) Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.

13) Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

14) Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?

15) Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.

16) Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.

17) Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

18) Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

19) Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

20) Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Dari page The Hope

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

Rabu, 28 Disember 2016

Kes 1MDB di Amerika diteruskan!!



Antara harta yang dikatakan dibeli oleh Jho Low hasil dana 1MDB.

"Harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib."

Hari ini Isnin 12 Disember 2016 adalah tarikh menarik untuk semua rakyat Malaysia ikuti perkembangan tuntutan keluarga hartawan Malaysia, Low Taek Jho dikenali sebagai Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka, termasuk bapanya, menuntut semula aset yang ‘dimiliki Jho Low’ yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Seorang hakim Persekutuan di negara Uncle Sam itu sudah menolak usul yang menuntut mereka diberikan masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil RM4,000 juta) yang didakwa dari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Dana itu dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.

Bayangkan apa boleh dibuat dengan RM4,000 juta untuk pembangunan rakyat di negara ini. Pedulikah kita?




Keluarga Jho Low itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka mendapatkan harta-harta berkenaan.

Keputusan untuk meneruskan perbicaraan hari ini boleh menggagalkan rancangan itu. Peguam mereka ialah Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim.

Mereka berusaha memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran hari ini (12 Disember 2016) kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Kes-kes terbabit yang diusul keluarga Jho Low di sebuah Mahkamah Daerah Pusat California (Los Angeles) ialah: 16-cv-05364, 16-cv-05367, 16-cv-05368, 16-cv-05369, 16-cv-05370, 16-cv-05374, 16-cv-05374, 16-cv-05375 dan 16-cv-05378.

Tujuannya mencuba dan mendapatkan hartanah serta aset lain yang dipindahkan kepada pemegang amanah baru.

Kenyataan pada Rabu lalu menyebut Hakim Daerah AS itu, Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran dan permohonan berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir memfailkan tuntutan.

Tiada sebab diberikan dalam kenyataan pada Rabu lalu.




Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak DOJ memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz dalam saman sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang mengeluarkan filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.

Tuntutan keluarga Jho Low ini jika dilihat daripada berbagai perspektif akan membawa kepada pertanyaan dan hakikat bahawa:


1. Benarlah dakwaan DOJ bahawa Jho Low memiliki harta-harta seperti disebut dalam saman terhadapnya. Ini kerana jika Jho Low tidak ada harta berkenaan, bagaimana keluarga beliau boleh menuntut bagi pihaknya. Bagaimana kesudahannya?

2. Wajarkah harta yang dicuri daripada dana 1MDB dipindah milik kepada keluarga sedangkan ia masih dalam siasatan DOJ?

3. Walaupun tahu ia bukan harta yang dikumpul secara ‘bersih’ tetapi kenapa keluarga Jho Low bimbang semua harta berkenaan dirampas dan mahu dijadikan n milik mereka?

4. Apa usaha keluarga Jho Low selanjutnya jika terus gagal untuk dibawa kes ini ke New Zealand dan Kepulauan Cayman?

5. Persoalan asas yang belum terjawab ialah kenapa pemimpin dan kerajaan Malaysia tidak sama menuntut harta yang dikumpul oleh Jho Low itu untuk dibawa ulang ke negara ini?

6. Apakah harta yang dimiliki Jho Low itu bukan harta rakyat negara ini?
Persoalan kelima ini menarik kerana Jho Low kini dilihat seperti ‘manusia kebal’ di Malaysia sedangkan di Singapura, lain pula kedudukannya.

Bukan sahaja pemimpin negara, parti utama yang memerintah iaitu UMNO dan pihak berkuasa lain tetapi rakyat juga kebanyakannya bagaikan tidak menghiraukan wang sebanyak AS1,000 Juta (RM4,000 juta) dicuri oleh Jho Low.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan tidak berminat dengan ‘perbuatan Jho Low’ ini, walaupun rakyat mempersoalkan hubungan rapat antara mereka.

Sedangkan di Sigapura, pada 10 November 2016 lalu, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang itu dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

The Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang menyatakan pendirian CAD itu kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.

Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Laporan akhbar utama Singapura itu menyebut ketiga-tiga lelaki itu juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.

Mereka juga dinamakan dalam saman sivil DOJ AS setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

Diharapkan ada suatu keputusan menarik daripada perbicaraan hari ini yang akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan kembali harta milik mereka yang dicuri.

Juga harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh

Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Jika keluarga Jho Low berharap mendapatkan harta berkenaan, rakyat Malaysia pula pastinya berdoa dan berharap yang benar akan tetap muncul akhirnya.

Biarlah harta yang dicuri itu dijaga sementara oleh pihak berkuasa AS daripada ia jatuh ke tangan Jho Low dan konco-konconya yang mendapatkannya secara jahat dan haram melalui penyelewengan dana 1MDB yang kini dibicarakan oleh banyak negara dunia.

Asyik Melancong dan Bercuti, Bila Masa Buat Kerja?



Negeri Kedah kini ditadbir mengunakan remote control dari jarak jauh. Sebab ramai Exco, ADUN dan Pegawai MB bahkan MB sendiri sedang bercuti dan bersukaria di luar negara.

Dulu mulut-mulut tu la yang kata Mukhriz jarang duduk di Kedah , selalu ke luar negara!!

Kini kita boleh tengok sendiri dimana pemimpin-pemimpin Umno pi bersuka ria di luar negara sedangkan rakyat sengsara.

Kota London & negara China tu dah macam bandar Alor Setar & pekan Padang Terap buat depa..

Jadi AJK UMNO bahagian pun untung sakan..Dapat juga main ular kat Vietnam & beli batik Indonesia..banyak duit depa noo!!!

Kita cuba tanya Bashah, dalam 10 bulan dia jadi Menteri Besar berapa kali dia pi luar negara?? Jangan ingat rakyat tak tau!! Zaman dah moden sekelip mata saja maklumat sampai!!

Tu belum kira lagi hat Bashah ambik cuti sakit , jadi berapa lama dia dapat turun bersama rakyat? Cuba habaq mai!!

Mesyuarat Exco ataupun mesyuarat Umno, berapa kali Bashah buat di Kuala Lumpur padahal baru 10 bulan tadbir negeri!!

Cakap orang buruk rupanya dia terlalu kotor

Cuba check la ni, dengaq kata depa ada di Kodiang, China. :)

Siapa Kata DOJ Tarik Kes 1MDB di Amerika?



Pelik bila ada yang kata DOJ Department Of Justice kononnya menarik balik kes 1MDB di Amerika. Siapa kata? Atau yang berkata demikian sebenarnya kena tipu dengan media arus perdana di Malaysia ni.




Update terkini kes 1MDB di Amerika. Tobat Lahom tak masuk media di Malaysia.



Kenyataan dan butiran bahawa usahawan terkenal di seluruh dunia yang dikaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho memang ada harta di luar negara benar belaka.

Laporan Reuters mengesahkan bahawa melalui usul di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles, selepas keluarga beliau menuntut supaya harta itu ditukar kepada pemegang amanah baru.

Kini sah sudah ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), memiliki harta berkenaan hasil penipuan liciknya mendapatkan dana dan harta 1MDB.

Dia didakwa menyalahgunakan lebih AS$3.5 bilion daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi sedang diusahakan oleh DOJ.



Hotel Park Lane di New York yang dimiliki Jho Low.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Najib menafikan sebarang kaitan dengan Jho Low dan salah laku selain menegaskan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa.

Kenapa semuanya benar bahawa Jho Low memiliki harta berkenaan?

Ini kerana tindakan keluarga Jh Low yang bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1MDB yang sedang disiasat, menyerlahkan segala-gakanya.

Laporan Reuters yang dipetik hingga ke Kanada, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain menyebut, kini empat keluarga terdekat Jho Low akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru.



Pendedahan itu berdasarkan usul pada Isnin lalu di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu. Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23 Januari.

Pada 31 Oktober lalu, Bloomberg menyebut, keluarga Jho Low melakukan tindakan untuk menyekat DOJ merampas aset yang dibeli oleh usahawan Pulau Pinang itu melalui dana yang didapati secara ‘haram; dari 1MDB.

Pada ketika Jho Low sendiri nampaknya ‘menyembunyikan diri; namun keluarga – bapa, adik beradik dan dua lagi ahli keluarganya – berada di AS untuk memindahkan aset itu kepada mereka.

Menurut Bloomberg: “Relatives of the financier accused by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5 billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize assets acquired with misappropriated funds.

Four family members of Low Taek Jho, also known as Jho Low, have initiated claims for properties the U.S. said he bought with money from the 1MDB fund, including a $100-million interest in EMI Music Publishing Group, a $35 million Bombardier jet, and a $200-million stake in the Park Lane Hotel in New York.

The family members, including Low’s brother and father, say they are beneficiaries of the family-owned trust that controls the assets and were forced to file claims themselves because the Swiss trustees have refused to take any action in the forfeiture lawsuits, according to filings Monday in Los Angeles federal court.”


Laporan dalam akhbar Metro Amerika Syarikat

Straits Times Singapura memetik laporan Bloomberg pula menyebut: “The Low family members, who reside in Malaysia, disclosed their intent to try to replace the trustees while seeking to postpone a hearing set for Dec. 12 in Los Angeles on whether they have the right to intervene in the U.S. cases. The family members say they are the beneficiaries of the trusts that hold the assets, and if they or a replacement trustee aren't allowed to bring a claim, their possessions will go to the U.S. by default.

Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan kawalan aset.

Selain Jho Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.

Selasa, 27 Disember 2016

Khairuddin Tak Harus Campur Hal Dalaman PPBM


Susulan kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dato' Dr. Sharuddin Md. Salleh mengenai kedudukan Anina Saduddin, nampaknya ada pihak kurang berpuas hati dengan keputusan berkenaan termasukla Dato' Khairuddin Abu Hassan.

Lebih menjengkelkan, mereka ini mula menyebarkan kenyataan-kenyataan separuh masak dengan mempertikaikan keputusan yang diambil oleh kepimpinan PPBM.

Ingin saya jelaskan lebih lanjut dan sebagai menafikan reaksi balas Dato Khairuddin terhadap kenyataan Dato' Dr. Shahruddin yang menegaskan bahawa Sayap Wanita PPBM iaitu Srikandi masih belum ditubuhkan secara rasmi.

Saya lihat komen balas Dato' Khairuddin lebih bermotifkan peribadi dan pada masa sama berhasrat mempengaruhi persepsi rakyat khasnya ahli-ahli parti mengenai kewibawaan serta imej pemimpin tertentu dalam PPBM.

Dato' Khairuddin seharusnya memahami bahawa :-

1. Kedudukan Anina bukanlah disebabkan isu peribadi ataupun berpunca daripada tuduhan-tuduhan tertentu ke atasnya. Malah pimpinan PPBM langsung tidak merujuk akan hal tersebut dalam menentukan kedudukan Anina. Justeru, tidak timbul isu Anina dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM.

2. Ini sekaligus menafikan kenyataan Dato Khairuddin kononnya kedudukan Anina diputuskan ekoran isu peribadinya yang sedar berlegar di media sosial ketika ini. Dan juga membuktikan bahawa kenyataan Dato Khairuddin adalah sekadar tuduhan liar.

3. Segala keputusan bersabit jawatan Anina samada beliau masih mengetuai Sayap Wanita PPBM ataupun tidak adalah hasil "collective responsibility" pimpinan parti bukannya diputuskan oleh Presiden PPBM semata-mata.

4. Jadi tindakan Dato' Khairuddin mempertikai dan menyalahkan Tan Sri Muhyiddin sama sekali tidak berasas kerana bukan Tan Sri Muhyiddin sahaja yang terlibat dalam membuat setiap keputusan. Ianya adalah keputusan bersama Majlis Presiden PPBM dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

5. Memandangkan Dato Khairuddin bukan lagi ahli PPBM, apa motif beliau mempersoalkan setiap keputusan diputuskan secara kolektif oleh kepimpinan PPBM? Adakah wajar Dato Khairuddin mencampuri urusan dalaman dan hal ehwal parti diasaskan Tun M ini?

Jadi saya harap elok la Dato' Khairuddin halakan muncung senjatanya ke arah yang tepat. Jika beliau bersungguh-sungguh mahu jatuhkan Najib Razak, tindakan beliau 'menyerang' kepimpinan PPBM bukanlah jalan terbaik. Jika tidak, segala pengorbanannya selama ini adalah sia-sia sahaja.

Tulisan Encik Tanjak

DOJ Bongkar 1MDB, Rakyat Malaysia Diperbodohkan


Tujuan asal hanya tinggal tujuan. Akhirnya rakyat yang terbeban.



Untuk pengetahuan semua, kes 1MDB masih berjalan di Amerika. Walaupun sudah dua kali cubaan keluarga Jho Low untuk membuang kes mahkamah ini.

Rabu, 14 Disember 2016

Umno Kalah Melayu Hilang Kuasa? Fakta atau Auta?


Apakah benar jika Umno kalah dalam Pilihanraya ke 14 nanti, melayu akan hilang kuasa? Fakta atau Auta? Tengok video dibawah.