Blog Top Sites

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Sabtu, 13 Ogos 2016

Sokong Mukhriz Keluar Dari UMNO?


Mengikut kata-kata dari Johari Baharum, kalau sesiapa yang sokong Mukhriz kena keluar dari UMNO. Johari sedarkah apa yang dia kata ni. Jangan dok cabar ikut suka la Johari oii.. tahukah hang bahawa, senarai keahlian ahli UMNO diseluruh negara dah lama tak dikemaskinikan. Orang yang meninggal 5 tahun lepas pun masih ada dalam senarai tu.

Sebab tu bila senarai dihantar ke cawangan-cawangan, ada nama yang dah meninggal masih wujud dalam rekod. Walaupun cawangan dah hantar info kata orang tu meninggal setiap kali senarai dihantar.

Kenapa UMNOhq tidak kemaskinikan data ahlinya?

Mengikut maklumat yang aku terima, jika UMNOhq kemaskinikan maklumat senarai ahli UMNO. Akan banyak cawangan UMNO di negeri-negeri yang akan dibubarkan. Lebih-lebih lagi di Selangor. Sebab tak ramai anak muda yang menyertai UMNO tapi yang meninggal dunia, takkan kita boleh nak tahan-tahan tak bagi orang meninggalkan.

Jadi, senarai ahli UMNO pun dibiar bersawang tanpa kemaskini. Sekarang terjadi krisis dalam UMNO, sudah tentu, jumlah ahli akan semakin berkurangan. Teringgin nak lihat UMNOhq kemaskinikan senarai ahli, apakah masih 3 juta ataupun, sudah banyak terjejas.

Sebab tu bila Ketua Bahagian Kubang Pasu, cabar macam tu, ramai yang gelak dan ketawa, kata Johari ni tak sedaq lagi.

Mungkin itu saja cara untuk dia kekal sebagai Timbalan Menteri, kerana setakat sekarang, bagai tak nampak dia wujud dikementerian tersebut. Hanya pelengkap atas kertas, atau diberi ganjaran kerana sering mengkritik Tun dimedia perdana.

Assalammualaikum, perjuangan baru bermula #BERSATU


Assalammualaikum, InshaAllah aku akan aktifkan semula blog Kedah Ke KL yang dah bersawang ni. Mulakan perjuangan baru untuk menentang korupsi dan pemerintahan yang tidak adil.

Nantikan ulasan dan teori politik tanah air terkini daripada kami Admin Kedah Ke KL.

#BERSATU

Selasa, 26 April 2016

Kerajaan Negeri dan Persekutuan Perlu Serius Dalam Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim - @MukhrizMahathir



Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mempertikaikan apakah Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan, tidak serius untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Kerana mengikut jawapan dari Exco Pengangkutan, jika Kerajaan Persekutuan tidak membantu atau berminat dengan projek tersebut. Kerajaan negeri akan membatalkan projek berkenaan.

Jika projek tersebut dibatalkan, ia merupakan satu kerugian besar kepada rakyat Kedah, kerana projek KXP merupakan penjanaan ekonomi baru bagi negeri Kedah. Merubah dari negeri pertanian kepada negeri perindustrian.

Ahad, 24 April 2016

Tengku Sarifuddin saja buat-buat tak faham isu! @MukhrizMahathir


Sekali lagi Tengku Sarifuddin tidak memahami isu sebenar. Malah, dia mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali bilamana beliau mendakwa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk memenuhi cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Yang pertamanya, saya ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan tidak seperti seorang Ahli Parlimen, saya tidak layak memegang sebarang jawatan Persekutuan, melainkan dilantik sebagai Senator. Begitupun, apakah kebarangkalian seorang PM melantik seseorang sebagai Senator semata-mata untuk mengangkat beliau ke jawatan Perdana Menteri?

Keduanya, jawatan Naib Presiden tidak menjamin penyandangnya akan menjadi Perdana Menteri. Jangankan jawatan tertinggi, sebagai seorang menteri pun belum pasti, sepertimana yang boleh diperakui Dato’ Seri Shafie Apdal.

Yang ketiga, tidak semestinya seorang bergelar Yang Berhormat sahaja layak bertanding jawatan Naib Presiden, sekaligus menyangkal pendapat bahawa semua Naib Presiden semestinya menyimpan cita-cita untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan Malaysia. Yang dimaksudkan, Ali Rustam.

Begitu jelas sekali bahawa serangan dan kutukan silih berganti yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Shafie dan saya sendiri bertujuan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu-isu sebenar dan perlakuan jenayah iaitu berbilion wang 1MDB yang lenyap, yang mengaitkan secara langsung Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihatnya; jutaaan wang milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri; dan wang RM2.6 bilion atau berapa jumlah sebenar yang dengan begitu murah hati “didermakan” oleh seorang putera raja sebuah negara yang sedang berusaha meminjam sebanyak USD10 bilion daripada bank-bank antarabangsa.

Eloklah Perdana Menteri merombak barisan pegawai-pegawainya kerana strategi-strategi Perhubungan Awam mereka tidak membantu beliau sedikit pun. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan telah menghakis sedikit kredibiliti yang beliau masih miliki. Tetapi, beliau sebenarnya sudah tidak wibawa.



YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
Ketua UMNO Bahagian Jerlun

Khamis, 3 Mac 2016

Rakyat Sokong Kerana Saya Menentang Kemungkaran dan Kebatilan! - Tan Sri Muhyiddin


KUALA LUMPUR - Sidang Media tergempar oleh Tan Sri Muhyiddin, Datuk Sri Shafei Apdal dan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir di Astro Awani sebentar tadi menyentuh tentang isu pengantungan beliau, dan beliau mengatakan bahawa pengantungan beliau yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi ialah tidak wajar, tidak mengikut proses biasa, dan alasan bahawa beliau tidak melakukan tugas Timbalan Presiden adalah tidak benar.

Beliau akan merujuk kepada ROS tentang perkara tersebut.

Kedua, beliau menegaskan bahawa beliau akan terus kekal dalam UMNO kerana tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan perjuangan parti itu. Malah beliau memberitahu bahawa tak pernah beliau bercakap untuk meninggalkan UMNO. Malah beliau menjadi ahli UMNO dari tahun 1970 lagi. Beliau menjadi ahli UMNO kerana, mahu menjamin dan memperjuangkan masa depan negara kita, Agama, Bangsa dan Negara.

Live Astro Awani

Tan Sri juga menyatakan sokongan rakyat terhadap beliau, kerana berani menentang kemungkaran,

"Rakyat juga menyatakan sokongan terhadap saya, tak kira sama ada saya ahli UMNO atau tidak, tetapi kerana saya berani menentang kemungkaran, tanggung jawab saya, melaksanakan yang hak atau kebenaran, menentang kemungkaran dan kebatilan, itu yang saya lakukan, kerana itu rakyat sokong saya."

Tan Sri juga ada mengulas mengenai dakwaan Azalina mengatakan beliau berkonspirasi untuk jatuhkan Perdana Menteri, jawab beliau.

Apakah dengan mendakwa Perdana Menteri melakukan kesalahan adalah konspirasi? Adakah Pendana Menteri kebal akan undang-undang?

Kami akan siarkan video sidang media ini nanti. - MMFC

Ahad, 28 Februari 2016

Penoreh Getah Terus Tunjuk Perasaan Di Baling


Nasib Penoreh Getah di kawasan utara semakin terhimpit apabila harga getah terus menjunam sehingga menjejas pendapatan Penoreh.

Sebelum ini beberapa siri tunjuk perasaan, mahu kerajaan membantu mereka terutama mencari jalan untuk menaikan harga getah dan membantu mengurangkan beban kehidupan mereka.

Sewaktu kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Dato Seri Mukhriz, beliau mengambil inisiatif dengan membantu penoreh getah dari segi makanan asas seperti beras dan keperluan dapur yang lain.

Siang tadi di Pekan Baru Baling Kedah, penoreh getah terus berhimpun merayu kepada kerajaan agar membantu mereka yang terhimpit. Ada dari mereka terpaksa memberhentikan sekolah anak-anak atas kesempitan hidup.

Beban GST juga menambah beban kehidupan mereka. Penoreh getah kesal terhadap Kerajaan yang sehingga kini gagal memperjuangkan nasib Pengusaha dan Penoreh Getah .







Ahad, 31 Januari 2016

Surat terbuka Orang Kedah kepada YAB DS @NajibRazak PM Malaysia


Assalammualaikum.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, moga Dato Seri sihat dan meneruskan usaha membawa negara kita kearah yang lebih maju, bukan saja segi ekonomi bahkan sosialnya.
Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk meluahkan rasa hati seorang rakyat terhadap pergolakan politik di Kedah sekarang. Bukan niat untuk mencampuri urusan politik negara atau negeri tapi, hanya ini medium untuk saya luahkan rasa hati.

Dato Seri, tahu tak bahawa, rakyat Malaysia termasuk Kedah sedang mengalami tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kehidupan yang semakin terhimpit malah ada yang mula tertekan dengan cara hidup sekarang.

Tapi apabila isu penukaran YAB Menteri Besar Kedah muncul. Ianya telah tengelamkan berapa isu utama yang lain, rasanya Dato Seri sendiri pun tahu. Malah rakyat juga seakan terlupa akan masalah ekonomi yang melanda diri dan negara. Ini kerana rakyat Kedah hatta Malaysia memandang penukaran Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah adalah satu isu besar yang tak patut berlaku.

Mungkin dari pandangan mata Dato Seri PM, Dato Seri Mukhriz ini tidaklah sehebat mana. Tak penting pun dalam organisasi UMNO. Kemungkinan juga disebabkan Ayahanda beliau yang sering mengkritik pentadbiran Dato Seri, menyebabkan beliau sendiri telah diCOP sebagai api dalam sekam.
Sebenarnya pada pandangan rakyat, Dato Mukhriz adalah HERO, beliau hanya menyuarakan pendapat hatinya mengenai isu-isu semasa yang menghimpit rakyat Kedah. Sebagai seorang MB, sudah tentu beliau mahu menjaga negeri dan rakyatnya ditahap yang terbaik.

Mengenai krisis politik pula, sepatutnya Dato Seri PM boleh menarik nafas lega apabila di Kedah ada seorang pemimpin yang mampu menjanjikan kemenangan pada BN untuk PRU 14 ini. BN Kedah mampu menang, cuma perlu membuat beberapa penambahbaikan saja. Bukan mudah nak cari pemimpin BN yang disayangi rakyatnya buat masa sekarang.

Jikalau Dato Mukhriz mempunyai masalah. Seharusnya beliau terlebih dahulu dipanggil mengadap Dato Seri bertanyakan masalah dan selesaikan secara dalaman. Ketua Bahagian, ketua sayap dan adun yang melakukan sidang media tempohari, saya percaya mereka amat setia dengan Dato Seri, biar apa pun keputusan Dato, mereka tetap akan mengikut arahan.

Jadi adalah lebih baik Dato Seri PM, cuba menyelesaikan masalah ini dengan baik dari dalam. Panggil MB, KB dan semua individu didalam UMNO Kedah untuk berbincang dan cari penyelesaian. Pemimpin yang berjiwa besar seperti Dato Seri PM, seharusnya mampu menguruskan perkara ini, dan saya percaya Dato mampu lakukan.

Masa ini juga Dato Seri boleh membuktikan bahawa Dato Seri mampu mengawal masalah dalaman didalam parti sendiri. Malah kelihatan hebat dimata rakyat apabila bertindak demikian. Jika Dato Mukhriz menjadi hero dimata rakyat, Dato Seri pula menjadi hero kepada beliau, memaaf dan menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh lagi.

Ini boleh membuatkan imej Dato Seri melonjak naik ketahap tertinggi, kerana berjaya memaaf dan menyelamatkan orang yang pernah menegur pentadbiran Dato.

Saya juga percaya orang Kedah dan rakyat Malaysia akan melupakan isu nasional yang lain jika Dato Seri boleh berlapang dada dan menjadi penyelamat kepada hero rakyat yang teraniaya.

Namun semua kebaikan yang saya nyatakan diatas boleh hilang serta-merta, apabila Dato Seri cuba untuk mengugurkan juga Dato Mukhriz sebagai MB Kedah. Ini kerana buat masa sekarang rakyat Malaysia melihat Dato Mukhriz sebagai insan yang teraniaya, dan dibelot oleh rakan-rakannya sendiri. Sepatutnya Dato Seri boleh menjadi hero menyelamatkan keadaan dan bukan menjadi sebaliknya yang lebih memburukkan lagi.

Tindakan gugur tersebut boleh membuktikan (pada pandangan rakyat) bahawa Dato Seri lah yang merancang semua ini dan tidak mungkin rakyat Malaysia akan memaafkan tindakan tersebut, kerana isu simpati ternyata boleh membuatkan orang terlupa akan perkara baik yang lain.

Sesungguhnya rakyat sedang memerhati apa saja tindakan Dato Seri, malah menilai kembali mandat yang pernah mereka berikan. Terpulang pada Dato Seri, samaada mahu menjadikan keadaan lebih baik, atau lebih buruk dari sekarang.

Kerana Dato Seri perlu tahu, sebagai ahli UMNO, saya juga hampir hilang keyakinan terhadap parti, apabila melihat YAB MB kami dibelot dan dianiaya sedemikian rupa. Jika beliau Menteri Besar pun boleh diperlakukan sebegitu, apa sangatlah kami rakyat bawahan ini.

Jadi kini terpulang pada kebijaksanaan Dato Seri untuk menjadi hero pada rakyat, atau menjadi individu yang melawan kehendak rakyat.

Tapi dihati kecil saya menyatakan Dato Seri Najib sebenarnya boleh menjadi penyelamat..percayalah.

- Suara Rakyat Kedah -
‪#‎SelamatkanKedah‬

Isnin, 18 Januari 2016

Video: Masjid Al-Fateh Perintis Projek Sistem Tenaga Solar Di Kedah



Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid Al-Fateh, Bandar Baharu.

Projek ini merupakan perintis Projek Sistem Tenaga Solar di bawah Agenda Hijau Kedah yang dilancarkan 18 Oktober tahun lalu.

Projek ini merupakan projek cetusan ilham Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Tinggi, Sains dan Inovasi negeri, YB Dato' Norsabrina Mohd. Noor yang mendapat sumbangan syarikat pengeluar panel solar terkemuka dunia, First Solar dengan kos RM107,000.


YAB MB amat teruja dan gembira dengan kejayaan ini. Bagi YAB MB, ini merupakan antara langkah terpenting dalam memastikan Kedah muncul sebagai antara pelopor teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Agenda Hijau Kedah.

YAB MB juga harap penggunaan panel solar seperti ini dapat diperluaskan lagi di rumah ibadat, bangunan kerajaan negeri, swasta dan pelbagai premis lain kerana penggunaannya tidak hanya boleh menjana pendapatan malah turut mendatangkan kesan lebih baik kepada alam sekitar.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah, Datuk Zahari Ismail, Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong; serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim.

Untuk makluman, sistem yang dipasang ini mampu menjana sehingga 46 kilowatt per jam (kWh) sehari bersamaan 16,790 kWh setahun serta mampu menjana pendapatan bersih kepada masjid menerusi kaedah Feed-in-Tariff (FiT) selama 21 tahun sebanyak RM390,000, bermula bulan ini.

Selain itu YAB MB turut memberitahu, setakat ini kerajaan negeri sedang menilai beberapa kertas cadangan oleh beberapa pihak bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar di bangunan kerajaan di negeri ini.



#Video Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 16 January 2016

Ahad, 3 Januari 2016

Gunung Jerai GeoPark Kedua Kedah?


Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran ‪#‎DiscoverKedah2016‬ , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah.

Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).
YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.

Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.

Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak Geo Park
Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran #DiscoverKedah2016 , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah. Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.#MMFC #KedahAmanMakmur #Unesco #Kedah
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, January 2, 2016

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review